Insiden penahanan Qian_Xuesen

Beberapa lama selepas Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet yang komunis mula berselisih faham dengan pihak-pihak lain dalam pihak Berikat; keadaan ini mula menular sehingga mejejaskan pengurusan negara-negara tawanan pihak tersebut kepada blok yang berbeza. Pihak Kuomintang pula mula berperang dengan Parti Komunis China yang bersekutu kuat dengan pihak Soviet dalam suatu perang saudara hebat. Kedua-dua ini memarakkan kerisauan pemerintah Amerika Syarikat terhadap sebarang kemungkinan penyelusupan pengaruh Komunis sehingga menembusi semua institusi dalam negara tersebut, maka sebarang orang yang disyaki sebagai penyokong atau bersimpati dengan pihak komunis akan dikenakan tindakan keras. Tsien antara orang yang disyaki sebegini sejak awal dekad tahun 1940-an lagi oleh pihak perisikan tentera A.S namun beliau masih diawasi secara biasa.[4]

Kelepasan keselamatan Qian akhirnya ditarik balik pada 6 Jun 1950 dan Qian terus dibawa berjumpa Biro Penyiasatan Persekutuan untuk menjalani suatu soal siasat. Pada lewat bulan Jun 1950, Tsien mengumumkan pengundurannya dari Caltech serta pulang ke China; negara tersebut telah dimenangi dan diperintah Parti Komunis China pimpinan Mao Zedong pada ketika itu.[5][6] Tsien diharamkan keluar dari Kaunti Los Angeles tanp kebenaran melalui suatu perisytiharan pada 26 April 1951 lalu ditahan dari keluar dari kawasan itu.[7] Qian banyak mendapat sokongan daripada rakan sekerjanya di Caltech sewaktu beliau ditahan; malah, Institut Teknologi Califonia yang mendidiknya turut mengupah seorang peguam sebagai pembela dalam kes Qian.

Lima tahun selepas sekatan tersebut dilakukan,[5] sekatan lawatan Qian ditarik balik pada 4 Ogos 1955[8] dan beliau mengundurkan diri dari Caltech selepas itu. Qian menaiki kapal SS President Cleveland pada September 1955 dan bertolak dari Los Angeles[9] ke Hong Kong, di mana beliau berlabuh di kota milik British tersebut pada 8 Oktober 1955. Beliau memasuki China melalui Jalan Kereta Api Kowloon–Canton pada hari sama.

Rujukan

WikiPedia: Qian_Xuesen http://www.chinanews.com.cn/gn/news/2009/10-31/194... http://scitech.people.com.cn/GB/10294866.html http://www.latimes.com/news/nationworld/nation/la-... http://archives.caltech.edu/news/tsien.html http://resolver.caltech.edu/CaltechETD:etd-0112200... http://today.caltech.edu/today/story-display.tcl?s... http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.1019 http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.10985 http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.916 https://news.google.com/newspapers?id=CooeAAAAIBAJ...